KUALA LUMPUR: Individu terlibat dalam perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat akan dipanggil dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua kumpulan berhimpun bermula jam 2 petang Jumaat di hadapan kedua-dua kedutaan terbabit.
"Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati lebih kurang 80 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC.
"Manakala dianggarkan seramai lebih kurang 400 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Bantahan tindakan bakar al-Quran: Gabungan 30 NGO serah nota bantahan
Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai mematuhi undang-undang dan menggesa supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 27 2023
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua kumpulan berhimpun bermula jam 2 petang Jumaat di hadapan kedua-dua kedutaan terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Polis akan panggil individu terlibat himpunan bantah bakar Al-Quran
Individu terlibat dalam perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat akan dipanggil dalam masa terdekat.