awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil pemilik syarikat didakwa seleweng dana latihan penerbangan

Bernama
Bernama
26/10/2024
08:15 MYT
Polis akan panggil pemilik syarikat didakwa seleweng dana latihan penerbangan
Ramli berkata semua pihak lain yang terlibat, termasuk pelatih penerbangan yang menjadi mangsa dan saksi-saksi lain, akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pemilik syarikat bumiputera yang didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata semua pihak lain yang terlibat, termasuk pelatih penerbangan yang menjadi mangsa dan saksi-saksi lain, akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
"Semua individu ini kita akan panggil dalam masa terdekat bagi membantu melengkapkan siasatan, bila mereka akan dipanggil bergantung kepada pegawai penyiasat kes ini.
"Pihak polis juga akan meneliti dokumen perjanjian melibatkan syarikat berkenaan dan pelatih serta transaksi kewangan melibatkan pembayaran wang yuran yang dilakukan oleh keluarga pelatih berkenaan kepada syarikat itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam Ramli mengesahkan pihaknya telah menerima sebanyak 11 laporan mengenai kes berkenaan melibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM2.4 juta.
Beliau berkata laporan berkenaan diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Bernama melaporkan impian sekumpulan lebih 50 pelatih untuk menjadi juruterbang musnah apabila diri mereka menjadi mangsa sebuah syarikat tempatan menyalahgunakan dana yang dibayar untuk menjalani latihan penerbangan di Republik Czech.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akademi penerbangan
#MARA
#kes penyelewengan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan