NATIONAL
Polis ambil keterangan lelaki hina Islam

Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat.
KEMAMAN: Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dipanggil polis kerana membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam di Facebook.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
- Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitiviti perkauman dan keagamaan.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Tambah beliau, polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya menyentuh sebarang isu sensitiviti melibatkan perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.
"Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan balai polis berhampiran," ujarnya.
Pada Rabu lepas, satu tangkap layar telah tular yang memaparkan komen bertulis berbaur menghina agama Islam oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Lau Peter Lau di media sosial. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami