Pendekatan lebih agresif akan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya penularan gelombang kedua COVID-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan tindakan segelintir individu yang sengaja mengabaikan aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak berkenaan.
"Bukan sahaja kompaun, kita akan melaksanakan tangkapan sebab kita masih ada undang-undang yang membolehkan kita menangkap dan sebagainya mereka ini yang sengaja tidak mempedulikan serta mengabaikan semua aspek SOP yang telahpun digariskan," katanya.
Tindakan sedemikian terpaksa dilakukan bagi memastikan segala usaha yang telah dilaksanakan kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 tidak sia-sia, kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada 60 pegawai dan anggota Batalion Ke-11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak di sini hari ini.
Menurut Mazlan, statistik kompaun yang dikenakan terhadap orang awam yang melanggar SOP juga menunjukkan peningkatan ekoran pemantauan agresif dan berterusan oleh pasukan petugas pemantau itu.
"(Usaha memastikan pematuhan SOP) ini merupakan satu perkara yang harus kita lipat gandakan supaya masyarakat khususnya di sini tidak ambil mudah situasi semasa penularan wabak COVID-19," katanya.
Mengenai cadangan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuching, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak manakala pihak polis akan membantu memantau dan mengenakan kawalan lebih ketat berhubung perlaksanaan SOP oleh semua pihak yang terlibat.
Menyentuh majlis yang dihadirinya itu, beliau berkata penghargaan itu diberikan kepada anggota dan pegawai terbabit kerana berjaya menolak tawaran rasuah sekali gus mengekalkan integriti pasukan Polis Diraja Malaysia.
"Jumlah rasuah yang berjaya ditolak anggota dan pegawai ini adalah lebih kurang RM163,000 iaitu sepanjang 2009 sehingga 2020 dan ini jelas satu nilai yang besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan tindakan segelintir individu yang sengaja mengabaikan aspek keselamatan dan SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. - BERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Polis ambil pendekatan lebih agresif kekang penularan COVID-19 di Sarawak
Pendekatan lebih agresif akan diambil oleh PDRM sekiranya penularan gelombang kedua COVID-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan.
Kertas siasatan bayi maut didera secara seksual diserah kepada DPP
Kertas siasatan kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual pada Jumaat lepas telah diserahkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Polis nafi anak tiri CEO Cradle Fund ditahan
Datuk Mazlan Mansor pada masa sama turut menafikan maklumat tular di media sosial kononnya dua anak tiri mangsa turut ditahan polis.
Jamal Yunos akan didakwa lagi
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan baharu kerana keluar negara tanpa mengikuti jalan sah.
Kadar ketakutan rakyat Selangor terhadap jenayah catat 37 peratus
Peratusan itu diperolehi daripada hampir 100,000 responden terdiri daripada kumpulan masyarakat dari persatuan penduduk, perniagaan, rukun tetangga dan sekolah.
Tragedi Tg Sepat: Berang tidak diberi wang punca lelaki OKU bunuh empat sekeluarga
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian membunuh dan membakar kediaman empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu.