awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beku akaun bank kumpul dana kumpulan militan Daish

Bernama
Bernama
22/05/2016
12:07 MYT
Polis beku akaun bank kumpul dana kumpulan militan Daish
Polis beku akaun bank tempatan mengumpul dana kegiatan Daish
Polis membekukan satu akaun bank tempatan dipercayai digunakan bagi mengumpul dana untuk membiayai kegiatan kumpulan militan Daish di Syria.
Tanpa mendedahkan jumlah dana yang telah dikumpul, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata akaun berkenaan dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
"Akaun yang dikenalpasti adalah akaun bank tempatan yang digunakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas Daish di Syria," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan seorang daripada ahli keluarga Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan pengganas Daish Malaysia di Syria sedang giat mengumpul dana menggunakan akaun banknya.
Ditanya adakah polis akan menahan semua ahli keluarga Muhammad Wanndy yang berada di negara ini, Mohamad Fuzi berkata pihaknya mahu ahli keluarganya tampil membantu serta menyalurkan maklumat kepada polis.
"Kalau tahan (ahli keluarga) tiada guna juga kalau mereka tidak terlibat, ia mesti berasaskan bukti dan kalau mereka tahu apa-apa jangan berdiam diri.
"Ia hanya akan memudaratkan negara, semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini," katanya.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata sebanyak 14 individu termasuk seorang ahli keluarga Muhammad Wanndy ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daish.
Topic Berkaitan
#beku akaun Daish
#Bukit Aman
#dana
#kumpulan Daish
#militan Daish
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan