awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berjaya tahan suspek kes samun Ford Ranger

Bernama
Bernama
15/02/2022
07:41 MYT
Polis berjaya tahan suspek kes samun Ford Ranger
Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan/Unsplash
KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melarikan diri dalam kejadian samun kenderaan sebelum kereta yang dinaiki tiga rakannya terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di Tumpat 3 Februari lepas, berjaya ditahan polis petang semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kampung Dusun, di sini pada pukul 4.30 petang.
"Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shafien berkata ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.
"Hasil semakan polis didapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan merupakan orang yang dikehendaki berkait kes yang sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan tiga lelaki dipercayai suspek kes samun, maut termasuk dua daripadanya rentung selepas kenderaan Honda HRV yang dinaiki mereka merempuh tiang batu sebelum terbakar berdekatan Kampung Morak, Tumpat.
Suspek keempat yang memandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dan dikejar pemilik kenderaan itu bagaimanapun meneruskan pemanduan sehingga terbabas di Kubang Kerian dan berjaya melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek samun
#samun kenderaan
#polis
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan