awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas penagih dadah ugut bunuh ayah sendiri

Bernama
Bernama
25/03/2020
22:05 MYT
Polis berkas penagih dadah ugut bunuh ayah sendiri
Suspek kini direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama.
Seorang penagih dadah sanggup memecahkan televisyen dan mengugut mahu membunuh ayahnya hanya kerana lelaki itu enggan memberikan RM10 kepadanya untuk membeli tayar motosikal dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Lembah, Penaga dekat sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 2.25 petang itu, suspek pulang ke rumah keluarganya dan meminta wang daripada ayahnya yang berusia 59 tahun dan mengamuk apabila permintaan tersebut tidak dipenuhi.
"Suspek berusia 27 tahun bertindak memecahkan televisyen dan mengugut mahu membunuh bapanya. Mangsa yang takut terus ke balai polis untuk membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan dirinya. Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata siasatan mendapati ketika kejadian, abang suspek turut berada di ruang tamu tetapi tidak berani berbuat apa-apa kerana anak keempat daripada lima beradik itu mengugut untuk mencederakannya manakala ibu dan adik perempuannya berada di dalam bilik kerana takut.
Katanya ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan bahan terlarang itu.
Dia kini direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#cedera
#Dadah
#minta wang
#Noorzainy Mohd Noor
#penagih dadah
#penjenayah
#polis
#reman
#siasatan
#suspek
#ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan