awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bongkar sindiket dadah sorok syabu dalam beg sekolah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/05/2021
13:34 MYT
Polis bongkar sindiket dadah sorok syabu dalam beg sekolah
Taktik sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang sorokkan syabu di dalam beg sekolah kanak-kanak terbongkar apabila dadah seberat 5.2 kilogram dirampas polis. - Foto ihsan PDRM
KEPALA BATAS: Taktik sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang sorokkan syabu di dalam beg sekolah kanak-kanak terbongkar apabila dadah seberat 5.2 kilogram dirampas polis.
Dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang jam 5.30 petang Sabtu itu, seramai empat individu termasuk dua wanita dipercayai terlibat dengan sindiket terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, keempat-empat suspek berusia lingkungan 42 hingga 59 tahun ditahan selepas pihak polis menemui dadah yang disorok dalam beg bagi mengaburi mata pihak polis.
Noorzainy percaya, sindiket yang didalangi warga tempatan ini disyaki mengedar dadah bagi pasaran sekitar Kepala Batas.
''Dadah dirampas itu boleh digunakan antara 4,000 hingga 5,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran sekitar Kepala Batas.'' katanya.
Noorzainy berkata selain syabu bernilai RM204,400, polis turut menyita dua kereta jenis Perodua Myvi dan Kenari serta wang tunai RM1,050.
Sementara itu, semakan mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau.
"Ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#sorok dadah
#Syabu
#Kepala Batas
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#sindiket dadah
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan