awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka dua kertas siasatan kes gaduh di Jelutong

Bernama
Bernama
05/06/2024
05:38 MYT
Polis buka dua kertas siasatan kes gaduh di Jelutong
Kedua-dua individu terbabit telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
GEORGE TOWN: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua lelaki di sebuah kedai makan di Jelutong di sini seperti yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya telah mengesan video berdurasi satu minit 16 saat itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi Isnin lepas di perkampungan Jalan Perak, Jelutong, di sini.
"Berdasarkan siasatan punca kejadian disebabkan perselisihan faham dan tidak puas hati antara satu sama lain. Akibat pergaduhan itu, kedua-dua lelaki terlibat telah mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua individu terbabit juga telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Terdahulu, satu rakaman video pergaduhan dua lelaki menggunakan senjata telah tular di media sosial dengan rakaman mulanya memaparkan seorang lelaki berjalan sambil membawa senjata dipercayai sebilah parang dan meluru ke arah sebuah rumah sebelum dilihat memarahi seorang wanita di hadapan kediaman terbabit.
Dia kemudian membaling satu objek ke arah seseorang dan berlari sebelum dikejar seorang lelaki sebelum kedua-dua mereka dilihat bergaduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kertas siasatan
#Jelutong
#mendatangkan kecederaan menggunakan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan