awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan dakwaan gambar selebriti di IPD Nilai yang tular

Bernama
Bernama
01/07/2021
15:47 MYT
Polis buka kertas siasatan dakwaan gambar selebriti di IPD Nilai yang tular
Mohd Fazley berkata polis memandang serius laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan gambar seorang selebriti dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan selebriti wanita itu telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Nilai semalam.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
BACA: Selebriti wanita dicekup positif dadah
Mohd Fazley berkata pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.
"Kita menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini dan memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan satu penyiasatan secara telus dan adil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selebriti
#Dadah
#nilai
#IPD Nilai
#kertas siasatan
#polis
#Tular
#viral
#Mohd Fazley Ab Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan