MALAYSIA
Polis buka kertas siasatan isu zumba pakai seragam sekolah tanpa kain
Dalam rakaman video zumba yang tular, terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah tanpa kain serta seorang lagi yang mengenakan seluar legging, kata polis dalam kenyataan semalam. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan gambar dan video program senaman aerobik atau zumba yang didakwa tidak sopan ketika berlangsung di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya pada Jumaat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya mengesan gambar dan video berkaitan program tersebut yang dimuat naik di sebuah laman Facebook kira-kira jam 11.13 pagi.
Menurutnya, program berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok sebelum rakaman gambar serta video tular di media sosial.
“Hasil siasatan awal mendapati program zumba itu diadakan dengan tema ‘Back To School’.
“Bagaimanapun, dalam rakaman yang tular, terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah yang didapati tidak memakai kain, selain seorang lagi individu hanya mengenakan seluar legging,” katanya dalam kenyataan semalam.
Azaharudin berkata, siasatan lanjut mendapati salah seorang peserta dipercayai menanggalkan kain sekolah yang dipakai bagi memudahkan pergerakan ketika program berlangsung.
Sehubungan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada susulan penularan sebuah rakaman video di aplikasi TikTok yang memaparkan aktiviti senaman aerobik tidak sopan, didakwa berlaku di Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana disifatkan sebagai sangat tidak beradab, selain mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam serta perbuatan yang boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Polis Kuala Selangor membuka siasatan berhubung penularan gambar dan video program zumba yang tidak sopan di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya.
- Program senaman aerobik bertema 'Back To School' tersebut melibatkan peserta yang tidak memakai pakaian sekolah dengan betul, menyebabkan siasatan dibuka di bawah beberapa seksyen undang-undang.
- Jabatan Agama Islam Selangor akan ambil tindakan susulan rakaman video senaman aerobik tidak sopan yang dipaparkan di TikTok, memandang serius kes tersebut yang boleh menjurus kepada perlakuan tidak beradab dan hina terhadap agama Islam.