awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong

Bernama
Bernama
18/01/2026
14:30 MYT
JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong
Mohs Shahzihan berkata, siasatan dijalankan susulan penularan sebuah rakaman video menerusi aplikasi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik terbabit. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam, dipercayai berlaku di Bukit Badong, dekat sini.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan berkenaan dijalankan susulan penularan sebuah rakaman video menerusi aplikasi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik terbabit.
Beliau berkata JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
"Hal ini kerana selain sangat tidak beradab, aktiviti itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"JAIS juga sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terlibat," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian hotline JAIS 1800-88-2424.
Terdahulu, tular tangkap layar gambar di aplikasi TikTok memaparkan beberapa wanita berpakaian tidak sopan didakwa melakukan aktiviti senaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAIS
#senaman aertobik
#video tular
#siasatan
#Bukit Badong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan