awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli-belah terkenal

Bernama
Bernama
24/09/2022
13:20 MYT
Polis buka kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli-belah terkenal
Noor Dellhan berkata, kira-kira 50 orang termasuk mahasiswa dan ahli parti politik didapati menyertai perhimpunan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan di depan sebuah pusat beli belah terkenal di sini hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya.
Beliau berkata beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk diambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.
Katanya kira-kira 50 orang termasuk mahasiswa dan ahli parti politik didapati menyertai perhimpunan itu.
Tinjauan Bernama mendapati peserta perhimpunan mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak 3.30 petang dan bersurai kira-kira 4.45 petang, dengan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Antara yang dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#OCPD Dang Wangi
#perhimpunan
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan