JOHOR BAHRU: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang kononnya memperlihatkan sambutan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa berlaku di negeri ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya berkata hasil semakan pihaknya mendapati video berkenaan sebenarnya daripada satu program "KL Munajat" bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 15 Julai lepas.
"Namun video tersebut telah disunting dengan memasukkan laungan sorakan 'Luaskan Kuasamu Johor' untuk perkongsian oleh pengguna media sosial lain.
Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam usaha bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan," kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya melihat hal tersebut berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mengingatkan perbuatan menyebar serta membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang.
Menurut beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan berkongsi maklumat berkenaan sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok berdurasi dua minit, dengan kapsyen "sambutan kepada Menteri Besar Kedah di Johor'' dengan latar belakang lagu ''Luaskan Kuasamu Johor''.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Kamarul Zaman berkata, video itu telah disunting dengan memasukkan laungan sorakan 'Luaskan Kuasamu Johor' untuk perkongsian oleh pengguna media sosial lain. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.