awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bukan 'pak turut' Kerajaan, makan gaji buta - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/03/2018
06:17 MYT
Polis bukan 'pak turut' Kerajaan, makan gaji buta - PM Najib
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kenyataan sesetengah pihak kononnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah ‘pak turut’ Kerajaan dan makan gaji buta.
Malah, Datuk Seri Najib turut mempersoal dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya polis yang mendorongnya memecat Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Tegasnya, tuduhan yang dibuat Tun Mahathir dan beberapa pihak lain itu adalah tidak berasas.
“Saya juga kesal dengan tuduhan melulu yang dibuat oleh sesetengah pihak. Ada juga cuba melahirkan persepsi serong dengan melabelkan PDRM 'pak turut' Kerajaan, makan gaji buta dan kadar jenayah makin meningkat.
“Ini semua adalah tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Terbaharu pula ada bekas pemimpin negara berusia 93 tahun kononnya polis bersalah mendorong beliau memecat timbalan perdana menteri pada tahun 1998,” katanya pada ucapan Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.
Jelasnya, tuduhan-tuduhan negatif itu langsung tidak menggambarkan kejayaan polis dalam mengekang jenayah di negara ini.
Ia termasuk penurunan Indeks Jenayah Tahun 2017 sebanyak 11.7 peratus, penahanan 105 individu berkaitan Daish selain mengekalkan kedudukan malaysia sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dalam Indeks Keamanan Global 2017.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Hari Polis Ke-211
#pak turut
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan