Polis memburu tiga beradik etnik Rohingya yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki seetnik di Kampung Pak Madah, Marang pada malam Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata seorang daripada suspek dikenali sebagai Qori, berusia 30 tahun, yang bekerja sebagai peraih barangan lusuh di Bukit Payung.
"Qori dan dua adik-beradiknya dipercayai telah melarikan diri bersama isteri serta dua anaknya yang berusia 13 tahun dan empat bulan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian semalam, seorang lelaki berusia 35 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah oleh jirannya pada kira-kira 11 malam.
Jiran mangsa ke rumah mangsa selepas terdengar bunyi orang bergaduh dan ternampak mangsa terlentang di dalam rumah manakala penghuni lain melarikan diri.
"Mangsa ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada, belakang serta bahagian belakang badan.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh secara berkumpulan," katanya.
Wan Abd Aziz berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berunsur dendam dan cemburu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. --Bernama
Bernama
Sun Mar 19 2017
Motif pembunuhan masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berunsur dendam dan cemburu. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.