awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki baling bom di restoran di Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2023
07:40 MYT
Polis buru lelaki baling bom di restoran di Johor
Objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu seorang individu yang melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini pada pagi Sabtu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 4.15 pagi dan dua video berkenaan insiden itu tular dalam media sosial.
"Pihak polis menerima maklumat kejadian ini pada jam 10 pagi semalam dan sebelum itu anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima laporan polis pada jam 5.27 pagi kelmarin.
"Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.
"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan Seksyen 435 kanun keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh hubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#baling bom
#Johor
#PDRM
#kes tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan