awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki ragut rantai emas RM11,000 di Setia Alam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/04/2025
23:10 MYT
Polis buru lelaki ragut rantai emas RM11,000 di Setia Alam
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan/atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM11,000 selepas rantai lehernya diragut dalam satu kejadian di hadapan premis kedai serbaneka di Setia Alam, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa jam 2.08 petang.
“Siasatan awal mendapati, semasa mangsa bersama isterinya selesai membeli barang di premis berkenaan, mereka telah didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 135LC berwarna merah.
"Suspek memaklumkan kononnya telah melanggar bahagian hadapan kereta mangsa sehingga mengalami kerosakan.
"Mangsa kemudiannya turun untuk memeriksa keadaan sebelum suspek secara tiba-tiba bertindak menarik rantai leher mangsa dari arah belakang sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103 atau menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-55202222, tambahnya.
Topic Berkaitan
#ragut
#rantai emas
#shah alam
#lelaki bermotosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan