awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru 'samseng jalanan' sepak penunggang motosikal

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2021
22:00 MYT
Polis buru 'samseng jalanan' sepak penunggang motosikal
Rakaman video berdurasi 58 saat yang memaparkan lelaki berkenaan bertindak seperti samseng jalanan terhadap mangsa. -Video tular
KAJANG: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilihat bertindak kasar terhadap penunggang motosikal di jalan raya berhampiran Bandar Teknologi, Kajang, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima video berdurasi 58 saat yang memaparkan lelaki berkenaan bertindak seperti samseng jalanan terhadap mangsa.
Katanya, kejadian ini telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.
"Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut.
"Bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu.
"Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan, pada awal pagi Selasa.
'Samseng Jalanan' | Polis buru lelaki sepak penunggang motosikal
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.
"Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau kepada pegawai penyiasat kes iaitu Insp Mohd Ali Bin Hamzah di talian 019-866 0324," jelasnya.
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#sepak penunggang motosikal
#Bandar teknologi Kajang
#Mohd Zaid Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan