awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek berkaitan kes samun penumpang Uber

Bernama
Bernama
07/06/2017
10:47 MYT
Polis buru suspek berkaitan kes samun penumpang Uber
ABDUL SAMAH: Hasil soal siasat ke atas pemandu Uber itu juga kita percaya dia mempunyai kaitan dengan dua suspek berkenaan dalam melakukan samun ke atas penumpang tersebut. -Gambar fail
Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai melakukan samun ke atas dua penumpang Uber dalam satu kejadian di Batu 9, Cheras, empat hari lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata polis telah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang berumur lingkungan 20-an itu susulan penahanan seorang pemandu Uber berusia 31 tahun di Kajang pada 12.45 tengah malam semalam.
"Hasil soal siasat ke atas pemandu Uber itu juga kita percaya dia mempunyai kaitan dengan dua suspek berkenaan dalam melakukan samun ke atas penumpang tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor yang baharu iaitu Datuk Ab Rashid Ab Wahab.
Ab Rashid yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Perlis, akan menggantikan Datuk Mohd Fuad Abd Latiff yang bersara esok.
Mengulas lanjut, Abdul Samah berkata polis juga akan menyiasat sama ada ketiga-tiga suspek pernah melakukan samun ke atas penumpang lain sebelum ini.
"Kita minta sekiranya ada penumpang Uber yang pernah disamun supaya tampil membuat laporan polis...sebab setakat ini kita hanya menerima satu laporan sahaja yang membabitkan pemandu Uber dan kedua-dua suspek berkenaan," katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, dua lelaki berusia 24 tahun masing-masing, membuat laporan polis di Kajang mendakwa disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal selepas kenderaan Uber yang dinaiki mereka berhenti di satu lokasi di Batu 9, Cheras.
Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa mereka turut dipukul dengan helmet oleh kedua-dua suspek yang kemudian melarikan barang berharga milik mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheras
#Ketua Polis Selangor
#lelaki
#mangsa
#polis
#samun
#suspek
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan