awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang

Bernama
Bernama
18/01/2023
09:35 MYT
Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang
Kes melibatkan kematian seorang lelaki berumur 26 tahun yang ditemukan dengan kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada Sept 2020.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mereka terdiri daripada N. Vesnu, 32, alamat terakhir Taman Muhibah, Kajang; V. Sugumaran, 34, alamat terakhir di Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang; dan S. Tinakaran, 33, alamat terakhir di Taman Asa Jaya, Kajang, Kajang.
Beliau berkata sehingga kini enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Polis masih giat mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pada 13 September 2020 lepas, melibatkan kematian seorang lelaki berumur 26 tahun yang ditemukan dengan kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau individu yang sedang dicari, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat ASP S. Vekram dengan menelefon 019-4737108.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Pangsapuri Jade Hill
#Kajang
#suspek kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan