awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari suspek kes pukul jiran guna rotan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
10/09/2017
13:23 MYT
Polis cari suspek kes pukul jiran guna rotan
Dalam rakaman klip berdurasi 1 minit 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki (gambar) memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an menggunakan rotan panjang. - Facebook
Polis sedang mengesan suspek yang bertindak ganas memukul seorang lelaki menggunakan rotan panjang seperti yang tular di media sosial.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata kejadian berlaku Klang pada 6 September lalu melibatkan jiran mangsa.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang sebelum itu memarahi suspek menggunakan kata-kata kesat dan lucah kerana mencampuri urusan keluarga mangsa.
“Suspek kemudiannya datang semula bersama seorang lagi lelaki dan memukul mangsa dengan menggunakan rotan panjang manakala rakannya bertindak merakam kejadian pengadu dipukul,” katanya dalam kenyataan.
Dalam rakaman klip berdurasi 1 minit 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an diarahkan melutut sebelum dipukul menggunakan rotan panjang.
Ketika kejadian terdapat seorang wanita dipercayai isteri mangsa dan seorang kanak-kanak merayu agar suspek berhenti memukul.
Mangsa mengalami kecederaan di bahu, peha, punggung dan betis telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (TAR) Klang.
Topic Berkaitan
#jiran
#Klang
#PDRM
#polis
#pukul
#rotan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan