awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dan DBKL sahaja berkuasa tunda kenderaan di jalan awam

Bernama
Bernama
08/11/2016
11:15 MYT
Polis dan DBKL sahaja berkuasa tunda kenderaan di jalan awam
Gambar fail: Anggota DBKL melakukan kerja-kerja menunda sebuah kereta ketika Operasi Tindakan Khas dan Tunda DBKL di sekitar kawasan Brickfields. - Foto BERNAMA
Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang mempunyai kuasa untuk menunda dan mengalih kenderaan awam di kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kompaun yang dikeluarkan oleh pengendali trak tunda adalah tidak sah mengikut undang-undang sedia ada.
"Kawasan-kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam seperti mana maksud Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah di bawah bidang kuasa polis, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pihak lain (melainkan di jalan atau bangunan milik persendirian) tidak boleh menjalan apa-apa bentuk penundaan dan pengalihan sebarang kenderaan di jalan raya awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sabtu lepas polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana didakwa menunda kenderaan tanpa kuasa di jalan awam selain melakukan peras ugut meminta bayaran RM150 untuk melepaskan kenderaan yang dikunci tayar berhampiran Hospital Kuala Lumpur di sini.
Menurutnya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan kerana peras ugut. - Bernama
Topic Berkaitan
#DBKL
#jalan awam
#Mohd Nadzri Hussain
#polis
#tunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan