awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis digesa siasat pihak campuri, tekan SPRM kaitkan nama Hamzah dengan kes mahkamah

Fareez Azman
Fareez Azman
12/05/2023
06:36 MYT
Polis digesa siasat pihak campuri, tekan SPRM kaitkan nama Hamzah dengan kes mahkamah
Ahmad Ikhwan (tengah) ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat mana-mana pihak yang mencampuri atau menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengaitkan nama Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kes di mahkamah.
Menurut Setiausaha Sulit kepada Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli, 35, laporan polis juga telah dibuat bagi membersihkan nama ketua pembangkang tersebut.
"Tujuan utama laporan polis ini bagi menggesa mana-mana pihak yang mencampuri atau menekan SPRM atau badan kerajaan untuk mengait dan mencemarkan nama baik Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam pertuduhan yang telah disebut di mahkamah pada hari Rabu lepas.
"Laporan polis dibuat untuk bersihkan nama Datuk Seri Hamzah dari sebarang tindak tanduk yang tidak berlaku langsung," jelasnya ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di ibu negara pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut mempersoal tindakan mengaitkan nama Hamzah dalam kes yang telah dituduh di mahkamah.
"Isu sebenar, mengapa SPRM sekali lagi menggunakan kuasa mereka mengaitkan individu dan pimpinan Bersatu yang tidak ada kena mengena dengan pendakwaan dibuat ke atas seorang usahawan tersebut.
"Sedangkan pendakwaan dibuat di mahkamah, kami difahamkan kelmarin baru SPRM ambil keterangan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Dakwa dah, baru nak ambil keterangan, ini apa cerita?
"Jadi kami nampak tak lain tak bukan,semua pertuduhan dan pendakwaan ini adalah satu political assassination yang dibuat ke atas kepimpinan Bersatu kerana kepimpinan Anwar Ibrahim takut tumbang dan kalah teruk di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya.
Dakwa Wan Ahmad Fayhsal, kepimpinan tertinggi Bersatu menjadi sasaran pihak tertentu, meskipun beliau yakin kepimpinan parti itu tidak terkait dengan mana-mana salah guna kuasa.
"Sebab itu mereka menyasarkan kepimpinan tertinggi Bersatu khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Kami tidak takut dan gentar, kerana kami yakin kepimpinan Bersatu bersih dari sebarang hal-hal salah guna kuasa dan pecah amanah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Hamzah Zainudin
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Armada Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan