Skip to main content

Malaysia

Siapa ketua negeri Johor? Hormat sikitlah… - PM Anwar

KULAI, 4 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Kita Genk Madani Johor di Kulai di sini hari ini.  --fotoBERNAMA
Anwar mengingatkan kepimpinan negeri Johor supaya menghormati Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diteruskan demi kepentingan rakyat. - Gambar Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepimpinan negeri Johor supaya menghormati Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.

Perdana Menteri mengingatkan, kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai peranan penting dalam memperkasakan kemajuan negeri.

“Kita bawa ini Johor, hampir 70 tahun. Ini kali pertama kita kasi fokus. Singapura naik, maju.”

“Jadi kita sebab itu bawa pelaburan besar masuk. Untuk jaga negeri ini bersama dengan Malaysia. Siapa buat? Kerajaan Persekutuan. Kerjasama negeri. Jadi tak usah gaduh-gaduhlah.

“Katalah kita kalah pun saya kerja juga. Jadi siapa ketua negeri Johor? Hormat sikit lah…” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Makan Malam Komuniti Cina di Johor Bahru hari ini.

Beliau juga menambah, kerajaan mahu semua negeri berjaya dan berkata sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sehaluan, kerja menjadi lebih mudah.

“Sebab itu saya minta kawan-kawan jaga. Minta kawan-kawan dari Singapura, dari Kuala Lumpur, balik undi supaya orang yang cakap sombong, jangan sombong sangat,” ujar beliau.

Pada Jumaat, Anwar membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang didakwa dijadikan bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar berkata JS-SEZ merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, dan bukan di bawah bidang kuasa Menteri Besar semata-mata.

Onn Hafiz dilaporkan berkata, pelan induk JS-SEZ sudah siap dan tidak wajar terus ditangguhkan kerana ia penting bagi memberi kepastian kepada pelabur serta hala tuju pembangunan ekonomi Johor.

 

Must Watch Video

Advertisement