BUKIT KAYU HITAM: Polis Kedah akan mengedar gambar dan senarai nama 61 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Sungai Bakap dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti kesemua tahanan terbabit beserta wajah mereka.
"Kita akan edar nanti gambar itu. Saya telah arahkan semalam dari segi siasatan dan sebagainya supaya perkemas kini siasatan dan baki lagi 61 orang itu supaya gambar-gambar mereka ini kita establish kan.
"Kita akan keluar dalam akhbar nanti supaya bila ada tangkapan nanti bermakna tahu bahawa mereka ini adalah merupakan pernah lari daripada pusat tahanan. Kalau lkita tak keluarkan gambar itu mungkin orang lain tangkap, dia tak tahu bahawa mereka ini, pasal nama itu boleh bertukar-tukar," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas melakukan tinjauan di tiga pos kawalan sempadan dan Martak Taktikal Briged Utara PGA di sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya percaya berkemungkinan 61 tahanan itu sudah terlepas seperti mana yang dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam yang memaklumkan tahanan itu dikesan berada di Selayang.
Dalam kejadian 20 April lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.
Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Adie Sufian Zulkefli
Fri Apr 29 2022

Wan Hassan (kanan) bersama pegawainya meninjau pagar sempadan pada Program Sampaikan Sumbangan Raya kepada Petugas PGA sempena Lawatan Kerja ke MARTAK PGA Bukit Kayu Hitam hari ini. - Foto Astro AWANI
![]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976090/11644311681656647904910_640x360.jpg)
]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Polis edar gambar dan senarai nama 61 etnik Rohingya masih bebas
Polis Kedah sedang menyiapkan nama dan gambar kesemua baki tahanan sebelum mengedar dan mengeluarkannya menerusi media massa.

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Pasar Borong Selayang
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

Majoriti tahanan Rohingya masih bebas mahir kawasan sekitar - Polis
Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata ia berikutan mereka telah lama berada di sini.

Tahanan lokap berpusat lolos: Enam anggota polis ditahan bantu siasatan
Enam anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Tolong kenang budi Malaysia kepada pelarian Rohingya sebelum lontar kritikan - Aktivis
Kamal Affandi menegur tindakan segelintir pihak yang lantang mengkritik pihak berkuasa berhubung insiden pelarian etnik Rohingya lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas.

Kerajaan kaji semula pemberian pemegang Kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya - Hamzah
Kajian itu perlu susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Tahanan lolos: Baki 80 warga Rohingya masih dikesan - Polis
Setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemukan.

Lebih 24 jam lolos, tahanan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan
Polis tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi Rabu akan menyerah diri dalam masa terdekat.

104 tahanan Rohingya masih diburu - Hamzah
Seramai 104 tahanan etnik Rohingya masih diburu selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam.

Tahanan imigresen lolos: KPISM mahu KDN segera salur peruntukan tambah baik depot
Khairil Niza Khairuddin berkata terdapat depot tahanan yang dalam keadaan uzur dan tidak mampu menampung jumlah tahanan yang terlalu ramai.