awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/06/2023
10:14 MYT
Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh tujuh hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.
KUALA LUMPUR : Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh tujuh hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.
Angka itu sekali gus memintas jumlah kutipan 'box office' Polis Evo 2 iaitu RM23 juta dalam tempoh 44 hari.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Raja Jastina Raja Arshad, jumlah itu membuktikan prestasi cemerlang yang jauh lebih pantas berbanding terbitan sebelum ini.
“Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas.
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam. Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3.
“Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

* Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.
* Pastikan anda meletakkan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
* Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
#Box Office
#Polis Evo 3
#Astro Shaw
#Skop Production
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan