awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Filipina sekat 67 penyokong waris Sultan Sulu

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2013
08:04 MYT
Polis Filipina sekat 67 penyokong waris Sultan Sulu
Kedudukan Bonggao dan Sabah
Kedudukan Bonggao dan Sabah
ZAMBOANGA CITY
: Polis Filipina menyekat hampir 70 pengikut waris Kesultanan Sulu daripada meninggalkan Mindanao untuk menyertai kumpulan penceroboh yang digempur oleh pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu hari ini.
Ketua polis wilayah Tawi-Tawi, Suprintenden Kanan Joselito Salido berkata, 67 pengikut waris Kesultanan Sulu itu dikesan tiba di pekan Bonggao.
"Kami berunding dan berbincang dengan mereka supaya menimbang semula hasrat mereka kerana ia hanya akan memburukkan keadaan," kata Salido seperti dipetik oleh laman web The Philippine Star.
Menurut Salido, pihaknya menerima arahan daripada ibu pejabat polis supaya memantau pergerakan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang mungkin cuba berlepas ke Sabah dan membantu rakan-rakan mereka.
Jelas beliau, arahan itu adalah untuk menyekat mereka daripada cuba masuk ke Sabah.
Menurut Salido juga, 67 pengikut waris Kesultanan Sulu itu datang dari Basilan dan Sulu, dan mereka tidak bersenjata.
Sementara itu, sebuah bot yang sarat dengan warga Filipina yang menetap di Sabah tiba di Sibuto, lebih 400 kilometer dari Zamboanga City, menjelang tengahari tadi.
Jelas Salido, kebanyakan mereka telah tinggal di Sabah sejak beberapa tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#Manila
#operasi sulu
#Sabah
#tausug
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan