awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan suspek lepas tembakan di Klang

Bernama
Bernama
28/07/2025
22:10 MYT
Polis giat kesan suspek lepas tembakan di Klang
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.
SHAH ALAM: Polis sedang giat mengesan suspek dalam insiden melepaskan tembakan dan penemuan kelongsong peluru di Klang dekat sini, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 11.15 malam hari yang sama.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial insiden tembakan yang didakwa berlaku di Taman Sentosa Fasa 19, Klang baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan
#Klang
#kelongsong peluru
#polis giat kesan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan