awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: Tiada pembinaan stadium baharu, KBS fokus naik taraf kemudahan sedia ada
Dua kontena daging babi Belgium dirampas
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gugur risalah amaran kali kedua kepada penceroboh

Bernama
Bernama
02/03/2013
11:49 MYT
Polis gugur risalah amaran kali kedua kepada penceroboh
Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.
"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.
Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.
Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.
Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.
HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR
Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.
"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.
"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#polis
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan