Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan berhubung laporan penahanan 10 keldai dadah warga Malaysia yang ditahan di beberapa buah negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesahkan perkara tersebut.
"Laporan itu belum dapat disahkan...kami masih berhubung dengan rakan Interpol kami," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah stesen televisyen tempatan malam tadi mengenai penahanan 10 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa keldai dadah di luar negara.
Dua daripada mereka masing-masing ditahan di China dan Kanada, manakala tiga lagi dikatakan memohon perlindungan di Kedutaan Besar Malaysia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setelah berjaya melarikan diri.
Laporan itu menyebut ketiga-tiga mereka dibawa pulang ke tanah air pagi tadi dan mereka dipercayai menggunakan pasport yang dibuat pada hari sama iaitu pada 21 Mac lalu.
Sementara itu, nasib lima lagi rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa itu masih belum diketahui.
Berdasarkan maklumat diperolehi, kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 30 Mac lalu ke beberapa negara.
Bernama
Mon Apr 04 2016
Khalid (gambar) berkata pihaknya akan menghubungi Interpol untuk mengesahkan perkara tersebut. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis hubungi Interpol berhubung dakwaan penahanan keldai dadah warga Malaysia
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesahkan perkara tersebut.