awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880

Bernama
Bernama
14/11/2024
14:32 MYT
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Tan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai, di sini kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee berkata pemeriksaan dijalankan Unit Risik Marin pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor yang bertindak atas maklumat berkaitan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di kawasan berkenaan kira-kira 8 malam tadi.
"Hasil pemeriksaan menyeluruh itu menjumpai sejumlah minyak diesel di dalam 26 tangki segi empat sama, sebuah pam flow meter, sebuah pam minyak dan dua motokar yang telah diubah suai mempunyai tangki besi (kapasiti 1,000 liter) dan tangki fiber (kapasiti 700 liter) di bahagian belakang motokar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua motokar terbabit ialah jenis Ford Ranger dan Isuzu dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM296,880.
Tan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis Kontinjen Johor katanya, akan terus membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi atau minyak bersubsidi lain yang menyebabkan kerugian kepada masyarakat dan negara.
"Masyarakat juga digesa agar terus menyalurkan maklumat kepada polis tentang apa jua aktiviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#minyak masak
#nilai rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami