Sebanyak enam laporan polis mengenai berita palsu berhubung jangkitan COVID-19 diterima di negeri ini sejak Januari lalu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Bagaimanapun, katanya belum ada tangkapan dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.
"Polis masih menunggu laporan lengkap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana kes itu melibatkan siasatan forensik berikutan penggunaan akaun palsu dan akaun yang tidak lagi wujud," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ayob Khan berkata, daripada enam kertas siasatan yang dibuka, empat kes disiasat mengikut Seksyen 505 dan Seksyen 203 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurutnya, dua lagi kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ayob Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri menerima 5,388 laporan polis bagi tempoh awal Januari sehingga 7 Mac lalu, menunjukkan penurunan berbanding 5,847 laporan bagi tempoh sama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 702 kertas siasatan dibuka.
"Kes penipuan menjadi penyumbang utama kes jenayah komersial bagi tempoh berkenaan iaitu sebanyak 581 kes, antaranya membabitkan pinjaman tidak wujud iaitu sebanyak 149 kes, diikuti 130 kes penipuan menerusi internet dan 70 kes Macau Scam," katanya. -BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Polis masih menunggu laporan lengkap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - Ayob Khan
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik akaun media sosial 'Respati' dicari polis
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek tersebut.
Polis Johor siasat enam kes berita palsu COVID-19
Polis masih menunggu laporan lengkap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana melibatkan forensik berikutan penggunaan akaun palsu dan akaun yang tidak lagi wujud.