awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah serbu makmal dadah 'mini', tahan dua lelaki

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/12/2024
02:00 MYT
Polis Kedah serbu makmal dadah 'mini', tahan dua lelaki
Wan Azharuddin menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Polis Kedah berjaya membongkar kegiatan memproses dadah dengan menyerbu 'makmal mini’ di Bandar Puteri Jaya dekat sini, dan merampas 11.99 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis heroin berserta 8.85kg kafien dianggarkan bernilai hampir RM83,000, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam serbuan jam 7.07 petang itu polis turut menahan dua lelaki di dua buah rumah yang dijadikan tempat memproses dan tempat penyimpanan dadah, selepas risikan dijalankan bermula pertengahan tahun ini.
"Kita menahan dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 48 (tukang gunting rambut) yang dipercayai merupakan dalang utama dan 33 tahun (pemandu lori). Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.
"Kedua-dua suspek merupakan rakan. Rumah terbabit dipercayai disewa suspek berkenaan sejak empat tahun lalu untuk dijadikan tempat memproses dadah manakala sebuah lagi dijadikan stor simpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.
Wan Azharuddin berkata semakan rekod lampau mendapati tukang gunting rambut itu mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.
"Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek adalah negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut mendapati dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan serta sekitar Sungai Petani. Kafien yang dirampas merupakan bahan asas untuk mereka hasilkan heroin," katanya.
Tambahnya, jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 20,000 orang dengan kadar penggunaan seorang sebanyak 0.5 gram.
Sementara itu, katanya polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua MyVi, motosikal jenis Yamaha RXZ, serta seutas rantai, loket dan subang berwarna kuning yang mana keseluruhannya dianggarkan bernilai RM52,803.
Topic Berkaitan
#makmal mini
#Dadah
#heroin
#aktiviti pengedaran dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan