awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/03/2024
04:13 MYT
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis Kedah akan meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara termasuk jalan darat dan laut bagi mengekang sebarang kegiatan penyeludupan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.
ALOR SETAR: Polis Kedah akan meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara termasuk jalan darat dan laut bagi mengekang sebarang kegiatan penyeludupan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, langkah ini perlu dipertingkatkan bagi mengelak berlaku jenayah rentas sempadan yang sentiasa menanti peluang terbuka ketika cuti perayaan.
“Saya tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan menyeludup barangan antaranya mercun, minyak diesel dan petrol dalam tempoh berkenaan.
“Bagi memastikan operasi dan penguatkuasaan itu dapat dilaksanakan dengan lancar, mesyuarat bersama Ketua Polis Daerah, agensi dan jabatan lain akan diadakan bagi membincangkan semua permasalahan dan perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih.
“Antara yang akan ditekankan adalah mengenai isu ketirisan barangan bersubsidi terutamanya minyak diesel dan petrol. Selain itu, akan ada juga pihak yang mengambil kesempatan menyeludup masuk imigran, jadi polis Kedah akan sentiasa bersedia bagi memastikan aktiviti penyeludupan itu tidak berlaku,” katanya.
Terdahulu, beliau telah menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-217 Peringkat Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, pada Isnin.
Turut hadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah.
Topic Berkaitan
#Polis Kedah
#kawalan keselamatan'
#sempadan
#penyeludupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan