MALAYSIA
Polis Kelantan buru dua rakan aniaya Eda Ezrin

Mohd Yusoff. Gambar kanan: Eda Ezrin
KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu dua rakan yang didakwa menganiayai penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30.
Ringkasan AI
- Polis Kelantan memburu dua individu yang didakwa menganiayai Eda Ezrin, suami dan empat rakan sehingga mereka ditahan sembilan bulan di Penjara Narathiwat atas tuduhan berkaitan dadah.
- Eda Ezrin dan empat lagi menafikan tuduhan memiliki dadah dan hanya disabitkan kesalahan urin positif di Thailand, manakala dua rakan mereka mengaku bersalah atas kesalahan imigresen.
- Polis akan memanggil semula Eda Ezrin dan rakan-rakan jika diperlukan, dan menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang berada dalam senarai pemerhatian.
"Eda Ezrin dan empat lagi tidak mengaku atas tuduhan memiliki dadah dan mereka mendakwa dianiayai oleh dua rakan terbabit," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.
Menurut beliau, dua rakan yang didakwa oleh Eda Ezrin serta empat lagi adalah individu yang sudah berada dalam senarai pemerhatian polis.
Ujarnya, kini kedua-dua individu terbabit sedang diburu pihak polis.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya akan memanggil kembali Eda Ezrin serta suami dan empat rakan jika diperlukan.
"Di Thailand, Eda Ezrin serta suami dan empat rakan hanya disabitkan kesalahan urin positif serta menjalani penjara tiga bulan atas kesalahan tersebut," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Kesemua tertuduh Eda Ezrin; Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35; Nur Aida Mamat, 33; Erdieka Mohd Noor, 32; dan Zuhaira Nasrin, 25, mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Bagaimanapun, mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Sementara itu, dua rakan Eda Ezrin, Erdieka dan Zuhaira, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi dan menetap di negara itu secara tidak sah.
Pada Rabu lalu, Eda Ezrin, suami serta empat rakan dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami