MALAYSIA
Polis Kelantan lupus dadah, racun bernilai RM11.3 juta

Mohd Yusoff (dua dari kanan) memasukkan dadah ke dalam pelupusan selepas sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Tahun 2025 pada Rabu. -Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah dan racun berbahaya yang dirampas dari tahun 1997 hingga 2024, melibatkan jumlah keseluruhan RM11.3 juta.
Ringkasan AI
- Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah dan racun berbahaya bernilai RM11.3 juta yang dirampas dari tahun 1997 hingga 2024, selepas memperoleh perintah mahkamah susulan tamat proses perbicaraan.
- Pelupusan melibatkan 467.722 kg dan 2,165.48 liter bahan larangan termasuk syabu, pil yaba, ubat batuk, air ketum, pil psikotropik dan ganja, dengan syabu mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM9.66 juta.
- Sepanjang Januari hingga Mei 2025, JSJN Kelantan menahan 12,298 individu atas pelbagai kesalahan dadah, merampas dadah bernilai RM10.31 juta dan menyita aset pengedar bernilai RM1.32 juta.
"Nilai rampasan tertinggi melibatkan syabu seberat 301.706kg yang dianggarkan bernilai RM9.66 juta, diikuti 1,721.45 liter ubat batuk bernilai lebih RM1 juta," katanya pada sidang media sempena Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata proses pelupusan akan dilaksanakan esok oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan berkaitan, JSJN Kelantan turut mencatatkan pencapaian positif sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2025, apabila berjaya menahan 12,298 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
"Sepanjang tempoh itu, JSJN turut merampas dadah bernilai RM10.31 juta, selain merampas dan menyita aset pengedar dadah berjumlah RM1.32 juta," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami