KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 101 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM3.6 juta dalam serbuan di Kampung Lubuk Gong Pasir Mas, semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata rampasan itu merupakan yang ketiga untuk bulan ini di Kelantan, membabitkan jumlah keseluruhan 610 kg syabu dengan nilai dianggar RM24 juta.
Pada 8 Feb lalu, polis merampas 402 kg syabu bernilai RM16.1 juta, diikuti 107 kg lagi (RM4.2 juta) pada 22 Feb lepas.
Mengulas kes terbaharu itu, Shafien berkata dadah terbabit ditemukan di dalam longgokan sampah di belakang sebuah rumah di kampung berkenaan dalam serbuan pada 10.30 malam.
“Dadah terbabit yang dibungkus di dalam empat bungkusan hitam dipercayai sengaja diletakkan di situ (dalam longgokan sampah) bagi mengaburi mata pihak polis,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Katanya berdasarkan tiga rampasan besar dalam tempoh kira-kira tiga minggu itu menunjukkan sindiket penyeludupan dadah tetap menjalankan kegiatan mereka di sebalik kawalan ketat pihak keselamatan, khususnya di sempadan Kelantan-Thailand.
“Pihak sindiket ini seolah-olah ‘test market’ di sini,” katanya, menambah polis sedang mengenal pasti beberapa sindiket penyeludupan dadah di sini.
Kesemua kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Shafien (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan sejumlah 101 kg dadah jenis syabu bernilai RM3.6 juta dalam serbuan di Kampung Lubuk Gong Pasir Mas semalam, pada sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, 25 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Menjelang Syawal: Trafik di Kelantan mulai sesak
250 anggota polis akan ditugaskan sepanjang masa bagi mengawal lalu lintas di jalan utama.
Unit berkuda PDRM mulakan tugas di sempadan Kelantan hari ini
Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.
Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.
Polis rampas pistol, peluru selepas tahan penjenayah yang diburu 19 tahun lepas
Siasatan mendapati bahawa penarik kereta berumur 38 tahun yang ditahan pada pukul 9.30 pagi itu merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.
Semak maklumat berkaitan banjir sebelum teruskan perjalanan - Polis
Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Wanita itu ditahan polis di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok.
Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu
Mangsa sebelum itu dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan memberitahu identiti mangsa disalahgunakan oleh pihak tidak dikenali.
Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis
Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.
Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien
Jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.