TANAH MERAH: Polis merampas sebanyak 97,780 liter minyak diesel bernilai RM210,227 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Machang awal pagi Ahad.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hasil serbuan yang dilakukan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNHEP) Kelantan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang warga Bangladesh berumur antara 29 hingga 50 tahun.
"Hasil dua serbuan itu pihaknya merampas lima lori, tiga mesin penyedut minyak dan enam tangki statik dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM910,007.
"Kesemua lapan suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya selepas melawat lokasi rampasan minyak diesel di Kampung Tebing Tinggi, di sini pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dipindahkan ke tangki statik di kilang utama.
"Kegiatan haram yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembekal minyak diesel di Tanah Merah itu yang membeli diesel bersubsidi dan bukan dengan harga minyak industri sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan, dipercayai telah lama menjalankan kegiatan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

Muhammad Zaki berkata, pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai. - Foto BERNAMA

Krisis Rusia-Ukrain | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya. Ia hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kursus Pra Perkahwinan | Modul antirasuah bakal didedahkan kepada bakal pengantin
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), bersedia menambah modul antirasuah dalam kursus pra perkahwinan sejajar dengan usaha yang dilaksanakan Rasuah Busters. Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidin berkata, ia bagi memberi pendedahan kepada bakal pengantin agar sentiasa berwaspada dalam berdepan masalah kewangan selepas berumahtangga.

Kompleks Sukan Bukit Merbau miliki stadium berkapasiti 20,000 penonton
Kompleks tersebut juga bakal dilengkapi dengan arena tertutup yang memiliki gelanggang pelbagai guna dan boleh memuatkan 1,000 penonton.

Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi
Kelantan FC terus mendominasi kedudukan teratas Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.

Kelantan tidak halang pihak luar bantu keluarga daif - Mohd Amar
Bantuan yang disalurkan orang luar secara tidak langsung dapat membantu kerajaan Kelantan.

Kerajaan Kelantan teliti kembali Enakmen Antilompat Parti 1991 - Mohd Amar
Kerajaan Kelantan akan meneliti kembali Enakmen Antilompat Parti 1991 yang pernah digubal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan suatu ketika dahulu.

Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Tarif air tidak disemak terlalu lama, masalah kewangan antara kekangan operator air seluruh negara
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan antara kekangan yang dihadapi oleh syarikat atau operator pembekalan air bersih di seluruh negara adalah berkaitan tarif air.

Polis buru lelaki pecah cermin kereta, ugut pemandu wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.

606 kes orang hilang di Kelantan dilaporkan sejak 2016
Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga.

Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).

Syamsul gusar pertahanan ulang kesilapan sama
Faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.