KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 372 saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Malam Ambang Tahun Baharu 2023 di 26 lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh ibu negara awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.
"Sebahagian besar pemeriksaan malam ini dibuat ke atas kenderaan jenis motosikal iaitu sebanyak 619, diikuti kereta (171), van (19) dan jeep (32). Seramai 848 individu pula telah diperiksa dalam operasi berkenaan, dan 10 motosikal disita kerana ubah suai struktur kenderaan," katanya.
Beliau berkata selain itu 12 individu berumur dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan melakukan aksi berbahaya.
Bercakap kepada media ketika ditemui di satu lokasi sekatan jalan raya Operasi Khas Ambang Tahun Baharu di Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi ini Yahaya berkata Operasi Khas itu disertai 30 pegawai kanan dan 200 anggota.
Sementara itu di PULAU PINANG, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata polis mengeluarkan 475 saman dalam operasi sempena Ambang Tahun Baharu yang bermula sejak pukul 9 malam tadi.
"Operasi bersepadu pula dijalankan bermula petang Jumaat lagi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang di seluruh negeri dan sebanyak 450 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang tempoh itu.
"Dalam operasi itu juga, kami menyita 33 buah motosikal kerana pelbagai kesalahan terutama motosikal yang diubah suai secara berlebihan dan tanpa kebenaran, manakala dalam operasi malam tadi 475 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan," katanya ketika ditemui semasa meninjau Op Motosikal di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang.
Di KOTA BHARU, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya telah memeriksa 420 kenderaan dalam Op Khas Ambang Tahun Baharu, yang menyaksikan 251 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui semasa mengikuti Op Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Jalan Padang Enggang, di sini semalam, beliau berkata sepanjang 2022, sebanyak 187,424 buah kenderaan telah diperiksa dengan 31,031 telah dikenakan tindakan.
Menurutnya dalam tempoh itu juga 71,025 notis saman dikeluarkan, manakala 245 kenderaan disita kerana pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR. - Bernama
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari
Sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.
Barisan menteri doakan kesejahteraan rakyat, komited terus majukan negara
Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama bersatu padu dan bekerja keras demi memastikan Malaysia yang lebih gemilang bagi generasi masa depan.
PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara
Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa lain.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P. Pinang
Tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.
Polis keluar 372 saman, sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
Ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.
KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
KLCCH bersama DBKL akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.