awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti 'Minah Saleh' buat hal di KLCC, Bangsar - Noor Dellhan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/10/2021
07:51 MYT
Polis kenal pasti 'Minah Saleh' buat hal di KLCC, Bangsar - Noor Dellhan
Noor Dellhan Yahaya memberitahu Astro AWANI, suspek yang berusia lingkungan 50-an akan dipanggil memberikan keterangan dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti seorang wanita asing yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka di dua buah pusat beli-belah, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memberitahu Astro AWANI, suspek yang berusia lingkungan 50-an akan dipanggil memberikan keterangan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, setakat ini pihaknya telah selesai mengambil keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Setakat ini suspek telah dikenal pasti dan rakaman keterangan saksi kejadian dan saksi lain baru selesai diambil.
"Seterusnya adalah tindakan lanjut melengkapkan kertas siasatan bagi proses akhir siasatan," katanya menerusi WhatsApp kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: 'Minah saleh' naik angin di KLCC, KKM sedang dapatkan maklumat - Khairy
BACA: Degil! 'Minah Saleh' buat hal lagi, cuba masuk pusat beli-belah tanpa pelitup muka
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang 'minah saleh' yang dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan selepas cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.
Ia merupakan kejadian kedua selepas wanita sama sebelum ini turut didakwa tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan di sebuah butik di Suria KLCC.
Noor Dellhan menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Topic Berkaitan
#Minah saleh
#Minah saleh tak pakai mask
#COVID-19
#Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan