awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2024
04:15 MYT
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas dan melanggar tiang LRT menyebabkan pemandu maut terbakar di lokasi kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
PETALING JAYA: Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, polis telah memperoleh butiran dan merakam keterangan pemilik kenderaan tersebut.
"Berdasarkan keterangan, pemilik itu mengesyaki mangsa kemalangan adalah anaknya yang dipercayai memandu kenderaan itu ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Shahrulnizam berkata, bagaimanapun pengesahan identiti mangsa tidak dapat diberikan sehingga laporan pengesahan asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi.
"Setakat ini permohonan DNA telah dilakukan dan dijangka akan diperoleh dalam tempoh antara satu hingga dua minggu.
"Sebarang perkembangan berkaitan siasatan yang dijalankan akan dimaklumkan semula," katanya.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang pemandu kereta maut terbakar di lokasi kejadian apabila kenderaan dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam kejadian 6.20 pagi di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut dipercayai hilang kawalan, seterusnya terbabas melanggar tiang LRT dan menyebabkan kenderaan itu terbakar.
Jelas beliau, mangsa yang merupakan pemandu kenderaan tersebut terbakar seluruh badan dan disahkan maut di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar tiang LRT
#kemalangan maut
#kereta terbakar
#pemandu rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan