awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP di Twitter - Huzir

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2019
05:45 MYT
Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP di Twitter - Huzir
Huzir (kiri) dan Mior Faridalathrash menunjukkan keratan skrin layar laman sosial media milik seorang agen pelancongan yang memuat naik kenyataan menghina Islam dan menghina Perdana Menteri pada sidang media hari ini. --fotoBERNAMA
Polis akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pemilik akaun Twitter Naavin Pillai kerana melakukan penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menegaskan, unsur penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hamid Bador itu mula dikesan dalam platform media sosial itu pada 14 Oktober lalu.
"Kenyataan itu berbunyi ‘#petsatwork Anjing/Dogs/and/bersama its master/Tuhan’ disertakan dan gambar ketua polis negara bersama Perdana Menteri Malaysia.
"Pada 14 Oktober juga, JSJ telah menjalankan siasatan dan hantaran itu menimbulkan isu perkauman serta mengganggu kenteraman awam," katanya pada sidang media harian JSJ di Bukit Aman, pada Rabu.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid.
Jelas Huzir, Naavin atau nama sebenarnya Naavin Mohandas, berusia 38 tahun, dan telah berada di luar negara sejak 2007 lagi.
Ujarnya, suspek adalah seorang juruteknik yang berasal dari Lembah Klang dan tidak mempunyai latar belakang politik.
"Kita akan menghubungi keluarganya untuk siasatan serta tangkapan Naavin nanti, selain akan menyemak dengan Interpol untuk mengesan kedudukan semasa suspek," tegasnya.
Selain itu, Huzir memaklumkan, pihaknya turut menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki memuat naik posting yang menghina agama Islam di media sosial pada Selasa.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik atau menyebarkan kenyataan berbaur sensitif yang menjejaskan keharmonian negara.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#anjing
#ejen pelancongan
#hina agama
#hina Islam
#hina Perdana Menteri
#Huzir Mohamed
#Interpol
#jenayah
#juruteknik
#luar negara
#Mahathir Mohamad
#Naavin Mohandas
#Naavin Pillai
#penghinaan
#perkauman
#politik
#sensitif
#siasatan
#suspek
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan