awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang - KPN

Bernama
Bernama
25/09/2024
07:26 MYT
Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang - KPN
Kata Razarudin, semakan polis mendapati lelaki berusia 37 tahun itu keluar dari negara pada tahun 2016 dan tiada rekod masuk semula ke Malaysia selepas itu.- Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia 16 Sept lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semakan polis mendapati lelaki berusia 37 tahun itu keluar dari negara pada tahun 2016 dan tiada rekod masuk semula ke Malaysia selepas itu.
"Selain lelaki itu, turut disiasat satu pertubuhan bukan kerajaan iaitu Republic of Sabah North Borneo (RSNB).
"Semakan melalui OSINT (Open Source Intelligence) mendapati RSNB didaftarkan di Australia dan kita masih menunggu untuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kes sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan/505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Terdahulu, tular satu video berdurasi lapan minit 13 saat memaparkan tindakan sekumpulan individu menurunkan Jalur Gemilang sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu rakam video
#turunkan Jalur Gemilang
#digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak
#Razarudin Husain
#Ketua Polis Negara
#Melbourne Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan