awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kegiatan jual penstriman haram, tahan seorang wanita tempatan

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2023
10:20 MYT
Polis kesan kegiatan jual penstriman haram, tahan seorang wanita tempatan
Ramli berkata melalui satu operasi yang dijalankan pada 17 ogos lalu, PDRM berjaya menahan seorang wanita tempatan berumur 29 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan satu kegiatan penjualan kandungan penstriman haram yang dijalankan di sebuah premis perniagaan di Puchong, Selangor.
Melalui satu operasi yang dijalankan pada 17 ogos lalu, PDRM berjaya menahan seorang wanita tempatan berumur 29 tahun yang sedang menjual android box dan didapati mengandungi salinan langganan Astro secara haram.
Menurut Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, operasi itu yang disertai pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Astro berjaya merampas enam unit android box jenama SVI 9S yang tidak mempunyai rekod perakuan sirim,
"Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM500 dan sekeping resit pembelian.
"Berdasarkan siasatan, sindiket ini membuat penjualan android box secara terus kepada pembeli di premis perniagaan mereka.
"Salinan siaran Astro hanya akan dimuat turun ke dalam peranti yang dijual apabila terdapat permintaan dari pelanggan.
"Sindiket akan mengenakan bayaran RM468 bagi setiap peranti yang dijual kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan tersebut pada Jumaat.
Jelas Ramli, kes disiasat di bawah seksyen 43AA Akta Hakcipta 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Beliau menegaskan penjualan dan pembelian kandungan penstriman haram merupakan satu kesalahan.
"Orang ramai adalah diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang urus niaga berkaitan perkara sebegini," katanya.
Topic Berkaitan
#penstriman haram
#Jualan android box haram
#Ramli Mohamed Yoosuf
#SKMM
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan