awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kumpulan berarak iringi keranda di Butterworth

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/06/2021
09:47 MYT
Polis kesan kumpulan berarak iringi keranda di Butterworth
Video berdurasi kira-kira seminit itu tular di aplikasi TikTok dan Facebook. Ia antara lain memaparkan sekumpulan individu sedang berarak mengiringi sebuah keranda. - Foto ihsan pembaca
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh apabila bertindak berarak mengiringi sebuah keranda di Jalan Tiram, Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 17 Jun lepas namun videonya baru tular di media sosial hari ini.
Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.
Noorzainy berkata video berdurasi kira-kira seminit tular di aplikasi TikTok dan Facebook itu memaparkan sekumpulan individu sedang berarak dan sebahagiannya dilihat menari, bermain gendang dan membawa sepanduk ketika mengiringi mayat yang diusung di atas keranda.
"Kumpulan itu membawa mayat dari Teluk Air Tawar ke tempat pembakaran mayat di Jalan Tiram dengan menaiki kenderaan mayat, namun kumpulan itu bertindak berarak sejauh kira-kira 500 meter daripada tempat pembakaran tersebut.
"Butiran berhubung si mati telah kita perolehi dan polis sedang mengesan kumpulan individu iaitu kira-kira 15 hingga 20 orang lelaki yang berarak dan menari mengiringi mayat tersebut." katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Noorzainy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Topic Berkaitan
#iringi keranda
#iringi mayat
#langgar SOP
#perintah kawalan pergerakan
#penyakit berjangkit
#PKP
#Seberang Perai
#SOP
#media sosial
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan