awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes pecah rumah Tan Sri

Bernama
Bernama
21/08/2024
12:34 MYT
Polis kesan lelaki bantu siasatan kes pecah rumah Tan Sri
Polis mencari lelaki dikenali sebagai Julian Said, 37, dengan alamat terakhir di Kampung Tawadakan, Kota Belud, Sabah. - Gambar PDRM
SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah melibatkan kediaman pegawai kerajaan bergelar Tan Sri di taman perumahan di Nilai Impian, Nilai di sini, 13 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Julian Said, 37, dengan alamat terakhir di Kampung Tawadakan, Kota Belud, Sabah.
Beliau berkata ia susulan penahanan dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang disyaki terlibat dengan kes tersebut, Jumaat lepas.
"Polis menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah itu pada 1.10 tengah hari. Hasil siasatan mendapati terdapat tiga suspek termasuk dua lelaki yang ditahan terlibat dalam kejadian itu.
"Terdapat beberapa barangan hilang yang dianggarkan berjumlah RM5,000. Siasatan turut mendapati terdapat kesan umpil pada geriji pintu utama serta pintu masuk utama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sebahagian daripada barang itu ditemui semula susulan penahanan dua lelaki tersebut dan semakan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
Beliau berkata ujian air kencing terhadap mereka mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamin.
Sehubungan itu, Abdul Malik berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Julian diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Afandi Othman ditalian 019-8156812.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah tan sri
#Nilai Impian
#rumah pegawai kerajaan
#polis kesan saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan