KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes khianat melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, di sini, baru-baru ini yang membabitkan kerugian melebihi RM1 juta.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki itu ialah G.Logeswaran, 41, yang beralamat terakhir di M2-3-14, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, di sini.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan kebakaran pertama pada 4.08 pagi, 6 Jan lepas melibatkan peti ais, sofa serta peti suis elektrik di bahagian hadapan gudang itu dengan kerugian RM4,000 daripada pengurus gudang berkenaan yang berusia 41 tahun.
"Semakan kamera litar tertutup di kawasan itu mendapati kebakaran bermula pada 3.06 pagi dengan terdapat kelibat suspek memanjat tembok lalu membaling sesuatu ke arah gudang dan selepas itu nampak nyalaan api," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh berkata laporan mengenai kebakaran kedua yang berlaku pada 11 Jan lepas dan memusnahkan 14,400 helai pakaian dengan kerugian dianggarkan RM1.5 juta diterima daripada pengurus sama pada 4.30 pagi hari sama.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya menjalankan enam serbuan di beberapa lokasi di sekitar Selangor antara 15 hingga 18 Jan dan memberkas sembilan individu berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun.
Katanya siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta diupah sebanyak RM10,000 untuk membakar gudang berkenaan.
Menurut Beh, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Logeswaran boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Muhammad Izzat Jamaluddin di talian 017-733 1772 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-4048 2206.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

G.Logeswaran yang beralamat terakhir di M2-3-14, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, Kuala Lumpur dicari bagi membantu siasatan melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian.- Foto PDRM

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

Polis kesan Logeswaran bantu siasatan kebakaran gudang pakaian
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes khianat melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, yang membabitkan kerugian melebihi RM1 juta.

Dua lelaki ditahan bantu siasat kes dua jengkaut terbakar
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes video tular dua jengkaut terbakar di tapak projek pemasangan paip gas di tepi Jalan Sri Cheeding di sini, pada Selasa.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh
Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.