SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata ia susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lepas daripada mangsa yang berusia 62 tahun menyatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu yang tidak dikenali.
Ahmad Ridhwan berkata kejadian itu disedari mangsa rentetan insiden sebelum ini iaitu kadnya didapati tersangkut pada mesin ATM di sebuah bank di Banting, Kuala Langat sekitar 10 pagi, 25 Mac lepas.
Ekoran itu, seorang lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di bank itu telah membantu dan berjaya mengeluarkan kad ATM mangsa yang juga pengadu serta diserahkan kepada pesara itu tanpa mengesyaki apa-apa.
"Isnin lalu sekitar 9.30 pagi, pengadu sekali lagi ke bank dan cuba untuk keluarkan wang tetapi tidak berjaya lalu terus merujuk masalah berkenaan di kaunter bank lantas mendapati kad tersebut bukanlah miliknya.
"Semakan akaun pengadu mendapati terdapat 23 kali transaksi penggunaan kad tersebut dan wang sebanyak RM46,000 telah digunakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai menjual telefon bimbit di Kapar, Klang memaparkan sepasang individu disyaki suami isteri berusia sekitar awal 30-an telah membuat pembelian telefon pintar jenis Iphone 13 menggunakan kad ATM milik pengadu.
Katanya, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan usaha untuk mengesan suspek juga sedang dibuat.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 44 saat di Twitter memaparkan seorang lelaki bersama dengan seorang wanita di sebuah kedai telefon sedang membuat pembelian menggunakan kad ATM yang didakwa milik individu lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Rakaman video tular memaparkan seorang lelaki bersama wanita di sebuah kedai telefon sedang membuat pembelian menggunakan kad ATM yang didakwa milik individu lain. - Gambar/ Twitter @paizmuhdd
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Ulat dalam telur masin, premis makanan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini, ditutup serta-merta.
‘Abang Bas’ didakwa lakukan amang seksual, menangis di kandang tertuduh
Seorang pemandu bas yang ditahan kerana memuat naik rakaman video penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah dan menggelarnya sebagai 'crush' didakwa di mahkamah hari ini.
Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
'Pesan mi tarik, dapat nasi daging babi'
Izham Nayan dakwa pekerja sebuah syarikat penghantar makanan tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.