awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pekerja kilang dipukul majikan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/08/2022
22:45 MYT
Polis kesan pekerja kilang dipukul majikan
Tangkap layar video menunjukkan belakang badan seorang lelaki yang merah dipercayai akibat dipukul. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Polis sedang mengesan individu dalam video yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kilang di sini dipukul oleh majikannya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
"Untuk makluman tiada laporan polis diterima sehingga sekarang dan sekiranya ada apa-apa info terkini akan dimaklumkan perkembangan lanjut," katanya.
Pada Sabtu, tiga video tular di media sosial yang dua daripadanya menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan alat dipercayai kayu.
Video ketiga yang berdurasi 16 saat pula memaparkan keadaan belakang badan seorang lelaki yang merah dipercayai akibat dipukul berserta keterangan pada video 'aksi bos pukul pekerja di kilang di Senawang'.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang meminta kejadian itu dilaporkan kepada polis. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja dipukul majikan
#Nanda Maarof
#video tular
#pekerja kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan